Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat, kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program 4 tahun ke bawah adalah program Taska manakala Tadika ini adalah untuk golongan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah.
Antara perkhidmatan lain yang kami sediakan adalah transit (after school care) dimana transit bermaksud kemudahan kanak‐kanak sekolah rendah yang memerlukan tempat persinggahan untuk mandi, makan tengahari dan membuat persediaan ke sekolah (sekolah kebangsaan/sekolah agama) serta transit di musim cuti sekolah. Ini bertujuan, memudahkan ibu bapa untuk menguruskan anak-anak mereka sewaktu berkerja.
Menyediakan standard pengajaran yang berkualiti dan konsisten
Menetapkan amalan pedagogi untuk memperkayakan pembelajaran anak-anak
Memberi perhatian kepada, aspek peribadi, sosial, emosi dan kognitif, fizikal anak-anak
Memberi asas yang stabil melalui pemupukan, pembelajaran dan peluang pembangunan
Menghasilkan pendidik, pengasuh / tenaga kerja yang mahir dan berwibawa
Memastikan perkhidmatan Taska & Tadika kami memberi kepuasan kepada pelanggan
Memastikan perkembangan kanak-kanak seimbang dengan tahap perkembangan secara normal
Matlamat utama organisasi adalah untuk terus kekal sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing. Matlamat kami adalah untuk:
Memastikan perniagaan terus berjaya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Memastikan hubungan yang baik sesama rakan sekerja, pelanggan dan kanak-kanak.
Memastikan kebajikan rakan sekerja dan anak-anak didik terjamin.
Memastikan Taska Agensi memenuhi keperluan mewujudkan taska di tempat kerja.
WhatsApp Kami